Islamic Youth Association atau ringkasnya IYA adalah organisasi yang ditubuhkan khas bagi melaksanakan dan menyelaras segala aktiviti dan program keagamaan serta menjaga kebajikan pelajar-pelajar muslim di International Medical School-MSU Bangalore. IYA bertindak sebagai wadah kegiatan pelajar khususnya pelajar beragama Islam yang menjadi pembantu utama kepada Malaysian Student Association Bangalore (MSAb) bagi memastikan semua kegiatan pelajar Islam sejajar dengan dengan tuntutan agama Islam serta matlamat dan falsafah pendidikan negara.
