Islamic Youth Association atau ringkasnya IYA adalah organisasi yang ditubuhkan khas bagi melaksanakan dan menyelaras segala aktiviti dan program keagamaan serta menjaga kebajikan pelajar-pelajar muslim di International Medical School-MSU Bangalore. IYA bertindak sebagai wadah kegiatan pelajar khususnya pelajar beragama Islam yang menjadi pembantu utama kepada Malaysian Student Association Bangalore (MSAb) bagi memastikan semua kegiatan pelajar Islam sejajar dengan dengan tuntutan agama Islam serta matlamat dan falsafah pendidikan negara.
Seruan IYA
“ Amar Makruf Nahi Mungkar”
Visi IYA :
- Mewujudkan generasi Rabbani yang mampu memanifestasikan
- penghayatan Islam secara syumul dalam kehidupan seharian
- disamping penguasaan yang jitu dalam semua lapangan kehidupan.
Objektif IYA
- Melahirkan individu Muslim yang memahami konsep Islam yang sebenar yang merangkumi kehidupan duniawi dan ukhrawi berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
- Melahirkan generasi individu yang benar-benar sihat pemikirannya, rohaninya dan jasmaninya. Generasi yang menitik beratkan semua aspek ilmu pengetahuan serta aktif, positif dan matang dalam tindak tanduk yang bersesuaian terhadap ilmu, masyarakat, bangsa, negara dan juga agama.
- Memajukan pengajian Islam yang sangat diperlukan oleh masyarakat kita dewasa ini sebagai usaha untuk menyediakan benteng bagi memelihara aqidah dan syariah Islam.
- Mendidik individu bertaqwa, berakhlak tinggi serta berkeperibadian Islam yang sejati serta sanggup menghadapi cabaran zaman.
- Melahirkan generasi Islam yang berdisiplin, dedikasi, muhibbah, harmoni dan bersaudara seperti yang dianjurkan oleh Islam.
- Memberi peluang kepada individu mempelajari Al-Quran dan As-Sunnah yang merangkumi semua aspek kehidupan.
- Mengintegrasikan ajaran Islam dan akademik bagi mewujudkan generasi yang lengkap dalam segala bidang.
IYA boleh dihubungi di:-
- iyabangalore@yahoo.com.my
- Malaysian Student Association Bangalore,
Att: Islamic Youth Association (IYA),
MSU, International Medical School,
Bangalore Campus New B.E.L Road,
MSRIT Post MSR Nagar Bangalore,
560054 Karnataka, India.

0 Response to 'Info IYA BANGALORE'
Post a Comment